Sunday, August 10, 2008

kakitangan yang manja

Sebut saja perkataan kena marah, siapa-siapapun tidak suka. Tidak ada sesiapapun di dunia ini yang gembira kena marah. Tak kira peringkat umur, jantina, bangsa dan pangkat, siapa-siapapun tidak suka kena marah. Bila kena marah hati jadi panas, fikiran jadi tegang dan otot-otot mula bergetar.. Rasa-rasanya macam mau ikut marah juga. Kalau boleh mau memukul orang yang memarahkan kita. Kalu boleh, biar dia tau siapa kita yang sebenarnya.
Kenapa kita tidak suka kena marah? Kerana anda seorang yang ego. Senang merasa tinggi diri. Tidak suka direndah-rendahkan, atau dalam perkataan yang mudah (pasar); tembirang. Dia tidak suka mengaku kelemahan dan kesalahannya. Apa saja yang dia lakukan semuanya betul sedangkan yang sebenarnya memang salah.
Dalam sesebuah organisasi yang berjalan dengan baik, ciri-ciri kepimpinan yang tegas mestilah diamalkan. Pemimpin mestilah menyampaikan maklumat yang sepatutnya diketahui oleh kakitangannya. Dalam menyampaikan maklumat yang berkesan, ketegasan perlu ada. Sekiranya maklumat itu disampaikan dengan penuh kasih sayang, lemah lembut, maklumat yang disampaikan itu biasanya mengalami kecairan. Penerima maklumat sekadar mengangguk-anggukkan kepala sahaja tanda faham, tapi maklumat itu tidak di save dalam memori kepalanya. Hanya sehari sahaja dia mengingatinya, esok hari tak ingat langsung. Jadi tidak hairanlah kenapa kebanyakan para pentadbir garang, suka marah-marah. Bukannya mereka tidak suka kakitangannya tapi cuma untuk menegaskan apa yang sepatutnya dia berikan kepada kakitangannya.

2 comments:

Ajeem said...

selamat berblog cikgu..baru jumpa blog cikgu nii...

molly said...

ckg letakla ba blog ckg ni d laman web tndk..